Wednesday, August 18, 2010

JURNAL PENYELIDIKAN KOMPUTER 1 ( BLENDED)

TAJUK:

Quantity versus Quality: A New Approach To Examine The Relationship Between Technology Use and Student Outcome

PENULIS:

Dr. Jing Lei

Department of Instructional Design, Development and Evaluation in the School of Education at Syracuse University.

SUMBER:

British Journal Of Education Technology Vol 41 No 3 2010

Pernyataan masalah:

Penyelidik mengesyorkan bahawa kualiti penggunaan teknologi (soal bagaimana, dan apa yang hendak digunakan) adalah lebih penting berbanding dengan kuantiti teknologi itu sendiri (berapa banyak kemudahan teknologi yang hendak digunakan) di dalam P&P dikalangan pelajar.

Bagi tujuan ini, beliau menumpukan perhatian dari segi kuantiti dan kualiti di dalam kajian ini sebagai kaedah terkini bagi menguji dan mengenal pasti hubungan di antara penggunaan teknologi dan keberkesanan pembelajaran di kalangan pelajar.

Sampel/responden: Maklumat/data diperolehi dari 9 orang guru dan 133 orang pelajar sekolah rendah telah digunakan untuk dianalisa ( nama sekolah tidak dinyatakan).

Setting: Sebuah sekolah di Amerika Syarikat


Metodologi dan Instrument (prosedur):

Pendekatan kajian ini adalah melalui :-

1 . Borang soal selidik untuk pelajar (Kaedah kuantitatif)

2. Temubual di antara penyelidik dengan guru (kaedah kualitatif)


Prosedur pengumpulan data :-

1. Soal selidik dijalankan pada awal dan pada akhir tahun akademik. Pelajar menjawab borang soal selidik .

2. Temubual penyelidik dengan 9 orang guru dan 9 orang pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana teknologi digunakan, untuk tujuan apa digunakan dan di dalam konteks apa teknologi digunakan (setiap reponden ditemubual selama 25-30 minit).

Dapatan:

Dapatan hasil kajian ini dipaparkan dalam bentuk jadual dan laporan.

Melalui kajian yang dijalankan ini, penyelidik mendapati ada kesan positif yang dikaitkan diantara bagaimana teknologi digunakan dengan hasil pembelajaran di kalangan pelajar.

Implikasi:

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan melalui penggunaan teknologi, lebih perhatian perlu ditumpu kepada kualiti penggunaan teknologi iaitu tentang bagaimana teknologi itu digunakan di dalam situasi P&P; apakah bahan yang digunakan dan apakah tujuan ianya digunakan.

No comments:

Post a Comment