Tuesday, August 24, 2010

JURNAL PENYELIDIKAN KOMPUTER 3 (BLENDED)

Tajuk :

Out of class – Out of mind? The Use of a Virtual Learning Environment to Encourage Student Engagement in Out of Class Activities.

Penulis :

Maggie Leese

School Of Education University of Wolherhampton

Sumber:

British Journal Of Education Technology Vol 40 Issue 1 2009 (70-77)


Pernyataan Masalah:

Adakah ‘Virtual Learning Environment’ atau ringkasnya VLE (pembelajaran atas talian) berpotensi untuk memperbaiki komunikasi dan kerjasama antara pelajar.

Tujuan Kajian:

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti potensi untuk memperbaiki hubungan sesama pelajar melalui pembelajaran secara talian (VLE) dan untuk menggalakkan pelajar menghubungkaitkan apa yang dipelajari secara semuka dengan apa yang dipelajari secara atas talian.

Responden/ Sampel Kajian:

Kajian melibatkan 2 kelas berjumlah 74 orang pelajar universiti (37 orang pelajar dalam setiap kelas).

Setting: Tidak dinyatakan

Metodologi dan Instrumen:

Pendekatan kajian iaitu:-

1. Borang soal selidik

2. Borang maklum balas/penilaian modul

3. Temubual

Prosedur Pengumpulan Data:

1. Pelajar menjawab soalan soal selidik

2. Pelajar memberi maklumbalas didalam borang penilaian mengenai modul yang digunakan

3. Temubual penyelidik dengan pelajar.

Dapatan:

Dapatan hasil kajian dipaparkan dalam bentuk laporan. Pengumpulan data secara kualitatif (temubual) dan kuantitatif (boring soal selidik).

Hasil kajian mendapati maklumbalas positif dari pelajar. Pelajar akui melalui modul ini, mereka telah dapat menguasai kemahiran teknologi ICT, kemahiran bekerja didalam kumpulan dan kemahiran berhujah.

Implikasi:

Penggunaan virtual language learning berpotensi wujudkan pembelajaran dan menggalakan penglibatan pelajar didalam aktiviti luar kelas secara atas talian.

No comments:

Post a Comment