Friday, August 27, 2010

JURNAL PENYELIDIKAN KOMPUTER 5 ( KAJIAN TINDAKAN)

TAJUK

Developing Capacity for Social and Emotional Growth:

An Action Research Project

Penulis :

Mary Doveston

The University Of Northampton, Northamton UK

Sumber :

EBSCO: Pastoral Care Jun 2007

Pernyataan Masalah

Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.

Sampel/ Responden

24 orang pelajar (berumur antara 7 - 9 tahun)

*13 orang lelaki dan 11 orang perempuan

Setting : Di dalam bilik darjah

Metodologi dan Instrumen ( Prosedur)

i)Dijalankan secara kolaboratif. Proses kajian tindakan:

Merancang

Melaksanakan kajian

Penilaian

ii) Guru berkolaborasi dengan pelajar, berkongsi apa sahaja seperti pengalaman dengan pelajar.

iii) Penilaian dijalankan pada akhir semester menggunakan pendekatan reflektif untuk pelaksanaan projek.

Prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data

Pengumpulan data secara kualitatif:

Temubual tidak berstruktur

Pemerhatian tingkah laku

Pengumpulan data secara kuantitatif:

Borang soal selidik

Analisis data: Data dianalisis mengikut skala penilaian yang dikehendaki. Analisis kajian dilakukan secara berterusan sepanjang kajian dijalankan.

Dapatan dan Implikasi

Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk graf yang menunjukkan peningkatan dalam aspek kemahiran mendengar di kalangan pelajar.

Terdapat perubahan dari segi tingkah laku pelajar selepas kajian dijalankan. Pelajar lebih aktif dalam aktiviti berkumpulan serta mampu memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan. Pelajar juga menunjukkan peningkatan dari segi hubungan sosial serta mampu untuk menzahirkan perasaan atau emosi diri.

No comments:

Post a Comment